Friday, 20 August 2010

errr...blurr lagi ke?

Oleh sebab takde kelas pada hari Jumaat, dan tidur pun lepas subuh..maka terbabaslah tidur hingga matahari tegak di atas kepala! Uhhhh, memang waktu bangun kepala dah macam tak rasa ape je.. pening (rasa macam berpusing) dan agak sengal macam tak tahu je ape yang terjadi sebelum ni. Kepala ringan dan seperti kosong.

Sampai aku pun dah tak tahu nak tulis ape untuk entry ni. Cuma aku ingin ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan teliti dan penuh kesabaran.
Walaupun pagi tadi aku hampir je tak puasa sebab perut meragam bagai tanker nak meletup!
Nak tido pun tak boleh, seram sejuk dan memulas. Duduk dalam jamban toksah cite lah, sampai lenguh juga aku menyangkung kot.

Cukup masa, badan pun dah lesu...aku terus melangkah ke bilik je untuk tido. Penat tak terkata beb! apa-apa pun, korang mesti jaga kesihatan sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang lain jugak!
bila badan sihat, otak pun cergas.. Jangan makan terlalu banyak, nanti tak pegi tawarikh.