Sunday, 9 May 2010

tired wit my life

Sekarang jam 3.15pm, 9 Mei 2010 di Kuala Lumpur. Tapi aku belum juga mandi, aku rasa jiwa tengah kosong. Tidur selepas solat Subuh, dan bangun semula 9am.
Dah macam nak study pula. Aku ingat hari ni nak keluar pergi Carl's Jr. lah. Tapi kena amik Acik dengan askar-askarnya sebab akak ipar ku pergi shopping kot.

Itu aku tak kisah sebab aku suka budak-budak tu. Aku faham perasaan seorang abang sulung, tapi takkan setiap langkah aku mesti ada halangan? Aku bosan macam ni. Abah pun takde macam ni. Abah cool je! Fine, long kau ade prob sekalipun takkan nak lepas pada adik kau ni?

Malam tadi Lan ajak pergi main snuker dan pergi uptown untuk jalan-jalan, tapi aku tolak. Sebab aku malas nak dengar beleter dari along! Asal aku balik rumah KL je mesti kena itu ini. Cuba bagi aku free boleh tak?

Kau plak kawan-kawan, boleh tak jadi laki sket? Asal aku balik je perlu inform korang ke??! Pastu ajak lepak sampai lewat, sedangkan kau dah nampak aku penat! Aku pun dah cakap, aku penat. Kenapa tak boleh faham?
Kalau tak inform balik, mulalah tarik muka dan cakap aku bukan-bukan.

Korang semua buatlah ape yang korang suka! Memang aku tempat lepaskan masalah, pergunakanlah aku sehabis mungkin. Hidup sekali je kan?


~Maaf sebab posting kali ni agak serabut sikit.

Monday, 3 May 2010

hadapi dengan senyuman

Habis sudah paper aku sem ni.
Aku cuba lupakan kau, sebab ape?
Sebab kau takde hati pun kat aku.
Sungguh pun kadang-kadang aku teringat pada kau, aku cuba alihkan perhatian dengan buat sesuatu.
Aku tak senang utk minat pada seseorang, sebab aku takkan minat orang tu melainkan kami saling mengenali antara satu sama lain.

Macam mana aku nak kawan lagi dengan dia lepas ni? Ahh, dia taknak kat aku pun!
Saban hari aku rasa hidup bagai menunggu saat tibanya Malaikat maut datang menjemputku bertemu Illahi je.

Aku berserah dengan takdir hidup ni, aku penat untuk mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Yalah, dunia ni bukan milik aku. Tak semua yang kita nak, akan dapat. Kau cantik, aku hodoh. Mana mungkin kita bersama. Kau pasti ramai peminat. Aku hanya insan biasa.

Aku cuba, cuba dan cuba tabahkan hati ini.......